Daftar Masuk Ahli

Ahli yang telah berdaftar dan setelah membuat pengesahan (verification) daripada email anda baru boleh (login) daftar masuk ke dalam ruangan ini.



Pendaftaran Borang Ahli: Sila klik kepada (create an acount) untuk Pendaftaran borang Ahli kemudian Sila daftar nama penuh sebenar dan nombor kad pengenalan sebagai username dan email yang sebenar untuk urusan pengesahan keahlian, hadiah pembayaran dan sebagainya.

Resources

Terima Kasih! Ke Atas Kunjungan Anda Di Halaman TAJAMAS - Welcome to the TAJAMAS Frontpage
Mukadimah TAJAMAS PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 14 February 2010 01:27
Mukadimah TAJAMAS

Halaman ini bertujuan untuk menyatukan semua umat manusia bersatu dalam satu keturunan yakni  BANI ADAM a.s. Menjanakan Tabung Amal untuk kebajikan kita untuk kita bersatu dalam satu kesatuan satu dunia demi mengesakah Allah S.W.T.  Sudah sekian lama kita ternanti-nanti kemuculanTabung ini bermula dari tahun 1997 halaman ini disiarkan dan sepanjang masa tersebut tidak ada sebarang bantahan dari pihak yang berkenaan, maka pada hari ini 14 Febuari 2010 dengan rasminya kita boleh mendaftar keahlian untuk menghidupkan kembali Bani Adam yang telah diputuskan hubungannya oleh pihak Iblis dan Syaitan Laknatullah.
 


•    T memberi pengertian sebagai Tabung

•    A memberi pengertian sebagai Amal

•    J memberi pengertian sebagai Jariah

•    A memberi pengertian sebagai ALAM

•    M memberi pengertian sebagai MELAYU

•    A memberi pengertian sebagai ASLI

•    S memberi pengertian sebagai Sejagat



1.    Tabung Amal Jariah ALAM MELAYU ASLI Sejagat ringkasannya ialah TAJAMAS adalah menjadi tabung penyatuan semua umat manusia menabungkan segala kelaziman mereka dalam tabung ini agar segala kelaziman kita itu boleh mendapat nilai dalam jariah kita seperti Derma Untuk Ilmu Takwa untuk mendapat pahala disisi Allah SWT atau sebaliknya Derma Untuk Ilmu Takbur mendapat dosa di sisi Allah SWT Kita ambil Derma Untuk Ilmu Takwa ringkasannya ialah D.U.I.T. sebagai adat pengiraan kita untuk mengukurkan derma bakti kita ke jalan Allah yakni Lillahitaala.

2.    Segala sesuatu yang lazim yakni barang-barang lazim di sekitar kita seperti daun kayu yang luruh atau amalan kebiasaan atau kelaziman kita tidak mempunyai nilai harga di dalam pasaran tempatan kita. Jadi sesuatu yang lazim itu tidak mempunyai harga dirinya di dermakan dalam TAJAMAS sebagai Derma Untuk Ilmu Takwa . Kita berikan tugas TAJAMAS kita memberi nilai derma kita itu sebagai nilai DUIT di kali dengan nilai yang kita dermakan.kepada bentuk nilai mata wang Negara masing-masing.

3.    Apabila kita memerlukan barangan yang tidak lazim pada diri kita kita akan membayarnya mengikut pengiraan duit nilai bagi Negara masing-masing. Dengan ini TAJAMAS kita dapat menentukan barangan atau amalan khidmat bakti kelaziman kita dengan nilai harga semasa didalam pertukaran sesuatu dagangan di mana dalam dagangan ini kita nisbahkan kepada pembahagian yang adil dan dalam bentuk amal jariah dimanA setiap dagangan yang berjalan kita nisbahkan seperlima dari hasilnya dalam tabung zakat yang diuruskan oleh TAJAMAS agar kita dapat menikmati hidup aman selamat berbahagia ke arah Lillahitaala.

4.    Pendaftaran keanggotaan adalah dibiayai oleh TAJAMAS kerana setiap anggota baru akan berhak menerima bantuan zakat. Anggota baru adalah saudara baru dalam tabung pembangunan Mualaf. Jadi setiap anggota baru diberi bantuan modal sebanyak Sepuluh ribu DUIT (10,0000 DUIT) dimasukkan serta didaftarkan dalam Akaun Tabung Amal Jariah Alam Melayu Asli Sejagat (TAJAMAS). Anggota yang berdaftar boleh mengurus niaga atau membuat sebarang urusan di dalam halaman web TAJAMAS. Setiap ruangan TAJAMAS yang hendak dibuka boleh dibeli dan apa-apa manfaat yang diperolehi dari pembelian itu boleh dijual semula mengikut aturan yang ditetapkan oleh TAJAMAS agar kita sama-sama mendapat berbagai faedah ilmu untuk menguatkan segala kelemahan kita berurus niaga.

5.    Anggota TAJAMAS boleh mendaftar jenis perniagaanya di dalam akaun tabung ini (TAJAMAS) supaya mendapat kemudahan jual-beli secara berzakat berjalan serentak ke atas setiap urusan jual-beli. Disamping urusan ini bertambah berkat, kita sama-sama membangunkan pembangunan 8 aznab yang berhak menerima zakatnya.

6.    Perniaga yang berdaftar dalam TAJAMAS boleh membuat urusan sesama anggota TAJAMAS sahaja di mana perpindahan urusan jual-beli boleh diuruskan melalui akuan tabung ini yakni Halaman web TAJAMAS.

7.    Anggota TAJAMAS boleh membuat tempahan sesuatu barangan di mana anggota yang lain boleh menerima tempahannya. Kata-kata laluan peribadi untuk sesuatu permindahan kewangan dalam akaun TAJAMAS diberikan pada anggota agar keselamatan permindahan itu selamat dan diikuti akad dan pengesahan pertukaran sesuatu dagangan itu saling reda mengredai di antara satu sama lain tanpa perasaan ragu-ragu atau waswas.

8.    Anggota TAJAMAS tidak boleh sama sekali bertelingkah di antara satu sama lain. Mana-mana ahli didapati membuat demikian maka keanggotanya boleh digantung dan semua urusannya dibekukan sehingga kedua pihak telah berdamai dalam tempoh tiga hari dan mereka wajib berjanji tidak akan berlaku perselisih faham didalam sebarang urusan di halaman web TAJAMAS. Selepas tempoh tersebut akaun mereka dibekukan sehingga terbukti mereka berdamai semula.

9.    TAJAMAS menyediakan berbagai urusan jual beli yang telah dipersetujui bersama dengan berbagai kaedah yang bermutu tinggi di mana memberi keselamatan dan kesihatan dikalangan anggota TAJAMAS kejalan yang halal dan diredai bersama. Segala garis panduan diberikan dengan jelas dan nyata di mana dengan akad jual beli yang sah dan reda di antara kita.

10.    TAJAMAS menyediakan penilai mutu sesuatu yang hendak diurusniagakan agar ia selamat untuk semua pihak berurusan. Penilai mutu diberi mandat pada kesemua anggota TAJAMAS membuat pernilaian kasar dan penentu penilai yang muktad adalah dari pengasas halaman TAJAMAS sebagai muktamad atau sebarang perubahan daripadanya. Agar kita sama-sama membina keselamatan sejagat ke atas sesuatu yang akan kita laksanakan.

11.    Tawaran untuk menyertai Amir di dalam 8 aznab pembangunan halaman web TAJAMAS akan dilantik di kalangan ahli-ahli sebahagian anggotanya dan sebahagaian adalah di kalangan pengasas halaman web ini. Setiap orang yang dilantik itu adalah penyumbang yang banyak memberi ilmu dan amal kebaktian di dalam halaman web TAJAMAS .

12.    Jodoh sesuatu perkara dapat diketemukan hajat masing-masing agar memenuhi perkara ke arah lillahitaala atau keredaan kesemua pihak terhadap keredaan Allah swt. Halaman web TAJAMAS memberi khidmat bakti ke atas perkara ini. Contohnya ruang mencari pekerja dengan pekerjaan, mencari bakal isteri atau suami, pertukaran barangan yang tidak dikehendaki kepada yang dikehendaki dan sebagainya yang di syor bersama.

13.    Ruang menguji bakat kita untuk dipasarkan di kalangan anggota kita. Sesiapa yang berbakat boleh memperolehi pendapatannya atau menambah ilmu yang ia kehendaki bagi menaikan taraf kedudukanya di dalam halaman web TAJAMAS.

14.    Peperiksaan tahap kebaktian di dalam sesuatu bidang diuji dengan kaedah peperiksaan di dalam halaman web TAJAMAS

15.    Rawatan Kesihatan ADAM as. (Aturan dan Amalan Manusia) [amalan selamat]. Rawatan kesihatan ini tanpa menggunakan sebarang bahan dadah atau kimia tetapi dengan hanya menggunakan makanan yang halal lillahitaala dapat memberi kesihatan dan keselamatan kita dunia akhirat. Hidup sehat sepanjang hayat sehingga suratan takdir dengan menggunakan seruan kaedah yang diajarkan oleh bapa atau raja manusia yakni ADAM as. Kaedah ini telah terbukti menyumbuhkan pelbagai penyakit dan kaedah ini mencegah sesuatu penyakit itu menyerang kita. Ilmu ini kenalah kita amalkan sepanjang masa seperti kita makan makanan setiap waktunya. Berbagai cara-cara masakan dikemukakan agar kita mengambil ia sebagai ikhtibar untuk memperbaiki segala amalan kita itu menjadi yang terbaik disisi Allah SWT. Kita diperkenalkan apakah itu Alam Kejadian Allah Lillahitaala? Itulah AKAL yang menjadi hukum dalam akal pemikiran kita untuk menentukan kayu pengukuran haluan yang kita hendak tuju.

16.    Elakan segala Rancangan Amalan Cemar Untuk Nahas (RACUN) Jangan racunkan segala kerja harian kita, elakkan racun ini tersebar luas sehingga ketanaman makanan kita. Kaedah TAJAMAS membuat air semburan dengan menggunakan air perahan dari sejenis daun kayu dapat menghindarkan serangan serangga perosak pada tanaman diperkenalkan dan menjadi sebahagian dari aturan keselamatan dan kesihatan kita. Kaedah pembajaan yang asli dapat menghasilkan makanan yang asli dengan sebaik-baiknya. Tanaman subur sehingga kita memperoleh hasil yang lumayan dan diberkati dengan kaedah bistari pembayaran zakatnya. Membentuk petani yang berjaya dan terkaya pendapatannya ke arah keselamatan dan kesihatan kita.

17.    Tabung Saudagar (usahawan) membantu ahli yang ingin menjadi saudagar yang kekurangan modal pusingan untuk menjayakan hasil perdagangannya. Segala ilmu diberi dengan berbagai kaedah untuk menjayakan dirinya menjadi saudagar yang sentiasa membayar zakatnya setiap masa peniagaan jual-belinya, Pendaftaran mereka itu boleh melariskan jualan barangan mereka. Segala perjualan mereka itu diurusniaga dalam akaun TAJAMAS yang menjadi kepercayaan bersama.. Peperiksaan dan kelulusan diberikan pada peserta bakal saudagar dalam Halaman Web TAJAMAS. Peserta yang lulus sahaja yang dibenarkan beurusniaga dalam halaman ini,

18.    Ruang penilai Anggota-anggota TAJAMAS. Memberi aduan untuk penyelesaian sesuatu kemuskilan dan rujukan persoalan yang kerap dipersoalkan dengan ruang rujukan jawabannya.

19.    Halaman TAJAMAS mengabungkan pelbagai pihak bersatu di dalam satu kaedah yang dirancang dengan teliti semata-mata ke arah lillahitaal. Ilmu kesajagatan diterapkan pada semua angggota memahami, mengaji, mengkaji, mengamalkan dan melaksanakan agar semua pihak selamat dan sihat.diperbagai segi perancangan. Amalan Selamat Lebihkan Iman atau Amalan Selamat Lillahitaala ikhtirkanlah maksud ringkasan kata ASLI. Lambang sukatan amalan kita.

20.    Pengasas Halaman Web Berhak memberi atau menarik balik sebarang Anugerah kebaktian jasa yang dikenang antara anggotanya dan berhak mengumumkannya pada semua aggota agar sama-sama mendapat keberkatan ke atas sesuatu anugerah itu.

21.    Pengasas Halaman Web Berhak melantik atau memecat anggota mengikut akta undang-undang antara bangsa. Sesiapa yang tidak disabitkan dengan kesalahan undang-undang antarabangsa boleh menjadi ahli. Dan sesiapa yang melanggar undang-undang antarabangsa ia boleh dipecat secara otomatik apabila terbukti ia bersalah oleh tribunal undang-undang antarabangsa. Disamping itu jika ia bertelingkah atau bergaduh di antara anggota juga boleh dibekukan atau dipecat termasuk akaun yang mereka miliki dalam HalamanTAJAMAS menjadi milik TAJAMAS sehingga mereka didapati berdamai semula.

22.    Orang berbudi kita berbahasa, inilah amalan setiap orang melayu asli. Dengan itu kita buka ruang berbahasa. Mana-mana anggota yang mahir bahasa asing mereka boleh menterjemahkan atau mengajar bahasa itu pada anggota yang lain agar kita sama-sama dapat menguasai bahasa asing. Bahasa melayu sebagai bahasa utama dari bahasa lain. Pertukaran ini menjadi nadi pendapatan dikalangan kita.

23.    Segala harta dalam akaun TAJAMAS adalah milik TAJAMAS. TAJAMAS berhak menaikan atau menurunkan nilai mata-wangnya. Anggota yang patuh akan ajaran Islam yakni ke arah Lillahitaala boleh meneruskan menjadi anggota yang mana melanggar akan aturan ini apabila disabitkan akan kesalahannya boleh dihukum TAJAMAS berhak melantik atau memecatkan anggotanya. Inilah mandat mutlak yang ada pada TAJAMAS.

24.    Lain-lain ruangan kebaktian yang disyorkan oleh kita semua untuk dipertimbangkan dan diluluskan. Oleh pengasas halaman web TAJAMAS.









Last Updated on Sunday, 14 February 2010 02:31